Tahun ini, buat pertama kali, aku beraya di rumah sendiri. Suasana sangat berbeza, kerana majoriti penduduk taman pulang ke kampung masing-masing. Jadi, sedikit sunyi jika dibandingkan dengan suasana beraya di kampung. Tetapi, itu bukan lah alasan untuk tidak bergembira. Sejak semalam lagi, kami sibuk mengemas rumah, memasak rendang dan nasi impit serta membeli bunga api dan mercun! Lampu lip-lap dah pun sedia terpasang, pelita pun sudah diisi dengan minyak tanah.
Awal - awal pagi lagi, kami sudah pun bersiap sedia untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Penuh jugak lah masjid, jadi tak la rasa lonely sangat beraya dekat bandar ni. Haha. Selesai solat dan khutbah, kami pulang dan macam biasa lah bila pagi-pagi raya, yang paling best ialah makan! Waktu ni lah nak tengok adakah benar kita menghayati bulan Ramadhan yang telah mengajar kita untuk bersederhana atau sebaliknya. Sesudah mengisi perut, aktiviti salam-salam dan tangkap gambar pun bermula. Klik! (tapi selalunya ada yang salam dulu, baru makan, bergantung pada keadaan perut ketika itu).
Pelita |
Itulah serba sedikit perjalanan raya aku untuk tahun ini. Walaupun tidak semeriah di kampung, tetapi aku sangat bersyukur berada di sisi keluarga semasa meraikan Syawal. Esok lusa siapa yang tahu. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan dan Syawal untuk tahun hadapan pulak. Senyum selalu!