t0wards tHe eXtra0rdinary

"Assalamualaikum....."

Thursday, February 2, 2012

Cinta ku Tertinggal di Kerteh...

Alhamdulillah, selesai sudah program JuM-Desa 2012 anjuran Persatuan Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam yang berlangsung di Kuala Kerteh pada 25-31 Januari 2012. Penglibatan seramai lebih kurang 100 orang peserta termasuk urusetia memeriahkan lagi program kali ini. Program yang berkonsepkan kemasyarakatan ini melibatkan 3 buah kampung secara langsung dimana mereka terdiri daripada keluarga-keluarga angkat yang meng'angkat' anak-anak UiTM menjadi 'anak angkat' mereka. Arrgh, lintang pukang grammar ak.. 

Program yang mengambil masa 7 hari 6 malam ini banyak menjurus kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuklah sesi motivasi pelajar sekolah, gotong-royong (GORO) melibatkan kawasan kampung, penanaman anak pokok bakau bersama ecoCARE, sukan rakyat serta taklimat pemuliharaan penyu oleh MEKAR. Tidak salah untuk ak membuat kesimpulan bahawa program ini telah berjaya memberi impak yang amat besar baik kepada peserta mahupun orang kampung sendiri kerana setelah 7 hari berkampung, linangan airmata perpisahan membuktikan segalanya.


Sedikit sinopsis JuM-Desa 2012....

Hari pertama banyak dihabiskan didalam bas. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam ke destinasi tidak mematahkan semangat anak-anak UiTM. Kami tiba di Kerteh pada jam 5 petang dan diteruskan dengan sesi penyerahan anak angkat. Mata ke mata, hati ke hati. Anak-anak angkat dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing dan tentatif berhenti setakat itu sahaja untuk hari pertama.

Pada hari kedua program, seramai 12 orang peserta dan 8 orang urusetia bertolak ke SMK Kg. Baru, Kerteh sempena program UiTM DiHatiku manakala selebihnya berkumpul di balai belia untuk perbincangan persembahan kebudayaan. Alhamdulillah, ak dipilih untuk ke sekolah dan peluang itu digunakan sebaiknya untuk mengenal dan mempelajari hidup sebagai seorang pelajar di negeri Darul Iman itu. Dimulakan dengan sesi pengenalan UiTM dan FKA oleh salah seorang pensyarah FKA, pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekolah itu sudah mula mencorak masa depan mereka dengan lebih teratur melalui pemahaman dan soalan-soalan yang diajukan. Sesi kedua lebih menjurus kepada character building dan membabitkan sepenuhnya komunikasi dua hala antara fasi dan pelajar. Karangan diri menjadi corak, lukisan impian telah dijadikan realiti.Sesi diteruskan dengan 'recall' tentang keibu-bapaan serta matlamat hidup. Alhamdulillah, ada yang menangis. Hee..

Pada sebelah malam, pihak masjid mengadakan majlis tahlil.



27.1.2012 - Hari ketiga program sepenuhnya dihabiskan dengan aktiviti GORO yang melibatkan kawasan-kawasan kampung seperti surau, balai belia, rumah kampung serta kawasan Masjid Jamek, Kerteh. Ak dan 9 lagi ditugaskan untuk ke balai belia dimana tugas kami adalah untuk mengecat balai belia. Sejurus petang, balai belia siap diconteng oleh hasil tangan kami!


Sebelah malam pula, majlis perasmian program JuM-Desa 2012 berlangsung (baru nak rasmi??). Bertemakan lagu 'Memori Tercipta', beberapa persembahan disajikan. Persembahan 'choir' dan tarian oleh peserta serta duet urusetia oleh cik Farah dan Encik Sam sudah cukup menyerikan majlis perasmian malam tersebut. Rasmi pakai ipad weyh! Bukan main. Haha.


Hari keempat, Sukan Rakyat. Walaupun sehari hujan, pihak urusetia tidak mengalah untuk memberikan hiburan untuk para peserta serta penduduk kampung. Sukan yang dijalankan di Dewan Sivik ternyata tidak mengecewakan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah Galah Panjang, Musang Berjanggut, Boling Kelapa, Baling Selipar dan Congkak. 


Alhamdulillah, hari ke-5 muncul jua. Program Pengumpulan Benih & penanaman semula bakau bersama ecoCARE pada sebelah pagi manakala taklimat pemuliharaan penyu oleh MEKAR pada sebelah petang. Kasut warna-warni menjadi kasut satu warna, warna lumpur! Pengalaman yang julung-julung kali dapat dirasa bagi sesetengah peserta yang hidupnya hanya di bandar. Haha. 


Setelah berlumpur setengah hari, pada jam 2.00 petang, satu taklimat tentang kesedaran penyu oleh MEKAR. Banyak info dan fakta yang dapat kami 'sedut' pada petang itu. Ak mengaku yang ak salah seorang daripada 9 orang yang mengaku makan telur penyu (at least mengaku..haha), tapi itu dulu, sebab ak sekarang seorang..Sahabat Penyu! Hee...Dah siap dapat kalendar, tak kan tak nak mengaku lak kan. Haha.


Sampai sini dulu entri ak, msih ada baki 2 hari lagi, tapi disebbkan gambar msih belum available, terpaksa ak tangguhkan dulu. Kita jumpa di post yang seterusnya. Nantikan aktiviti-aktiviti seperti explorace, malam kebudayaan dan banyak lagi! 

Assalamualaikum....








4 comments: