t0wards tHe eXtra0rdinary

"Assalamualaikum....."

Tuesday, January 24, 2012

Cina...Rasis kah Aku?

" Feng Shui is an ancient art and science developed over 3,000 years ago in China. It is a complex body of knomledge that reveals how to balance the energies of any given space to assure the health and good fortune for people inhabiting it.
 
   Feng means wind and shui means water. In Chinese, culture wind and water are associated with good health, thus good feng shui came to mean goos fortune, while bad feng shui means bad luck, or misfortune."

Artikel diatas telah ak sedut dekat satu page berkaitan Feng Shui di Google. Nak tulis sendiri, memang entah bila nak ada ilmu tu kan. Haha.

Mengikut pemahaman ak, tahun-tahun cina diwakili oleh binatang-binatang tertentu dan mempunyai maksud-maksud tertentu. Jadi, bila seseorang bayi itu lahir khususnya yang berketurunan cina, mereka akan dikaitkan dengan salah satu binatang mengikut sesuatu tahun. Malah tingkah laku, perangai serta masa depan bayi tersebut diramal melalui ciri-ciri yang ada mengikut ramalan yang telah dibuat, yang mana kebiasaannya yang baik-baik lah kan.

Jadi, saban tahun, pakar-pakar Feng Shui akan meramalkan apa yang akan terjadi, apa yang akan berlaku dalam dan luar negara. Setiap perkara diperincikan termasuklah perniagaan apa yang menguntungkan untuk tahun ini, apa yang perlu mereka hindar untuk mengelakkan kerugian sehingga kan terdapat perincian dalam pemilihan warna untuk hiasan di rumah.

Berbekalkan ramalan inilah, bangsa cina khususnya akan berusaha bertungkus-lumus untuk memastikan mereka mendapat keuntungan yang berlipat ganda dalam perniagaan mereka, mendapat kebahagiiaan dalam rumahtangga dan sebagainya. Ramalan-ramalan inilah yang menjadi pegangan serta semangat mereka untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.

Tetapi bagi aku yang berbangsa Melayu serta beragama Islam, segala kepercayaan tersebut memang tidak boleh dijadikan pegangan, apatah lagi panduan untuk hidup, kerana Islam adanya kepercayaan tersendiri yang mana kita menurut perintah Yang Maha Esa.

Walaubagaimanapun, kita boleh lah mengambil iktibar serta pengajaran tentang bagaimana mereka berusaha mendapatkan apa yang mereka hajati. Tidak perlu mencari contoh di Negara China, lihat sahaja dalam negara Malaysia yang tercinta ini, bagaimana mereka bekerja sebagai seorang perkerja, bagaiman mereka belajar sebagai seorang pelajar dan bagaimana mereka berniaga sebagai seorang peniaga. Ambil segala yang positif dan praktikkan dalam kehidupan kita. Selamat Tahun Baharu Cina 2012.

p/s : sempena tahun Naga Air ni, teringat pulak dekat salah satu binatang dalam siri kartun Pokemon, Gyarados. Hee..







Assalamualaikum....

*chok*

1 comment:

  1. kalau kita baca buku2 motivasi, orang cina meganggap perniagaan sebagai JIHAD mereka..

    ReplyDelete