t0wards tHe eXtra0rdinary

"Assalamualaikum....."

Tuesday, January 24, 2012

Cina...Rasis kah Aku?

" Feng Shui is an ancient art and science developed over 3,000 years ago in China. It is a complex body of knomledge that reveals how to balance the energies of any given space to assure the health and good fortune for people inhabiting it.
 
   Feng means wind and shui means water. In Chinese, culture wind and water are associated with good health, thus good feng shui came to mean goos fortune, while bad feng shui means bad luck, or misfortune."

Artikel diatas telah ak sedut dekat satu page berkaitan Feng Shui di Google. Nak tulis sendiri, memang entah bila nak ada ilmu tu kan. Haha.

Mengikut pemahaman ak, tahun-tahun cina diwakili oleh binatang-binatang tertentu dan mempunyai maksud-maksud tertentu. Jadi, bila seseorang bayi itu lahir khususnya yang berketurunan cina, mereka akan dikaitkan dengan salah satu binatang mengikut sesuatu tahun. Malah tingkah laku, perangai serta masa depan bayi tersebut diramal melalui ciri-ciri yang ada mengikut ramalan yang telah dibuat, yang mana kebiasaannya yang baik-baik lah kan.

Jadi, saban tahun, pakar-pakar Feng Shui akan meramalkan apa yang akan terjadi, apa yang akan berlaku dalam dan luar negara. Setiap perkara diperincikan termasuklah perniagaan apa yang menguntungkan untuk tahun ini, apa yang perlu mereka hindar untuk mengelakkan kerugian sehingga kan terdapat perincian dalam pemilihan warna untuk hiasan di rumah.

Berbekalkan ramalan inilah, bangsa cina khususnya akan berusaha bertungkus-lumus untuk memastikan mereka mendapat keuntungan yang berlipat ganda dalam perniagaan mereka, mendapat kebahagiiaan dalam rumahtangga dan sebagainya. Ramalan-ramalan inilah yang menjadi pegangan serta semangat mereka untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.

Tetapi bagi aku yang berbangsa Melayu serta beragama Islam, segala kepercayaan tersebut memang tidak boleh dijadikan pegangan, apatah lagi panduan untuk hidup, kerana Islam adanya kepercayaan tersendiri yang mana kita menurut perintah Yang Maha Esa.

Walaubagaimanapun, kita boleh lah mengambil iktibar serta pengajaran tentang bagaimana mereka berusaha mendapatkan apa yang mereka hajati. Tidak perlu mencari contoh di Negara China, lihat sahaja dalam negara Malaysia yang tercinta ini, bagaimana mereka bekerja sebagai seorang perkerja, bagaiman mereka belajar sebagai seorang pelajar dan bagaimana mereka berniaga sebagai seorang peniaga. Ambil segala yang positif dan praktikkan dalam kehidupan kita. Selamat Tahun Baharu Cina 2012.

p/s : sempena tahun Naga Air ni, teringat pulak dekat salah satu binatang dalam siri kartun Pokemon, Gyarados. Hee..







Assalamualaikum....

*chok*

Thursday, January 5, 2012

1 dah pun pergi, 5 tetap setia menunggu...

Assalamualaikum...

1 dah pun pergi meninggalkan ak untuk selama-lamanya, tapi masih ada 5 yang setia menunggu. Hurm. Macam - macam perasaan ada : cuak, takut, semangat, sedia, entah lah.

Alhamdulillah, kertas peperiksaan CTU553 dah pun ak jawab dengan "jayanya". Sedang menunggu ketibaan 2nd paper ak, Further Calculus for Engineers sabtu ni, 7 Januari 2012. Kronologi peperiksaan akhir pertama ak sebagai seorang degree student :-
4   Jan 2012 - Hubungan Etnik
7   Jan 2012 - Further Calculus for Engineers
10 Jan 2012 - Indeterminate Structures
13 Jan 2012 - Static And Dynamics
16 Jan 2012 - Basic Structural Design
19 Jan 2012 - Engineering Hydrology

Nak dijadikan cerita, tadi selepas habis exam ctu553, ak dengan beberapa member pergi la dinner, dekat satu kedai fast-food. Lepas habis makan-makan, tetiba terdetik nak pergi Dataran Shah Alam, saja nak tengok apa yang orang Shah Alam suka sangat melepak dekat situ malam-malam. 

Sesampai di Dataran Shah Alam, kami berjalan kaki melintasi padang dataran, mencari tempat nak beristirehat. Lepas dah jumpa port yang elok, kami berehat sambil berbual-bual kosong. Setelah berbuih-buih borak, tiba-tiba entah dari mana datang idea yang memang selalunya degree student xkan terfikir, salah seorang daripada kami mengajak bermain baling selipar, satu permainan yang boleh dikatakan tradisional sejak dahulu lagi. Dan yang lebih menarik lagi, ketujuh-tujuh kami bersetuju. Haha. 


Ni la salah satu gambar yang dapat saya tangkap semasa kami berada di Dataran Shah Alam awal malam tadi, yang lain banyak x lawa. Haha.

Assalamualaikum.

"chok"



Wednesday, January 4, 2012

Habis tu, xreti2 lagi???

Assalamualaikum...

Orang kata, kalau nak masuk rumah, kena bagi salam dulu walaupun xde orang dekat dalam rumah. Kenapa ya? Hurm... Tapi xpe la, sebab dah memang terbiasa bagi salam sebelum masuk rumah. Bukan benda x elok pun kan. Haha.

Esok dah pun 4 Januari 2012. Final exam yang pertama sebagai degree student dah pun nak mula. Esok first paper, ctu553, Hubungan Etnik. Entah lah, slide dah baca, tips2 nak jawab pun dah belek, tapi macam ada yang tertinggal jea lagi. Hurm.

Waktu dah pun 3.20pagi, sejak kebelakangan ni asyik tidur lewat jea la. Apa la nak jadi dengan ak ni. Nak kata ulat buku, memang x la kan. Nak kata sibuk jaga anak, kahwin pun belum lagi. Apa yang bz sangat entah smpai lewat malam mata terbeliak lagi.


Ni gambar ak tangkap time makan ramai - ramai dengan member diploma ak, tapi semua dah sambung Shah Alam la. Entah, saja nak upload. Haha. Niat hati nak tangkap gambar lawa - lawa tu ada, tapi camera yang canggih xde la pulak. Pakai camera handphone pun jadi la kan. 

Habis tu, xreti2 lagi???

Err..xreti pe? 

Pegi tidur la Syauqi, esok kamu tu nak exam, kang jawab terkebil - kebil nanti. Kata nak dapat dekan sem ni. 

Baiklah hati. Rakan - rakan, doakan kejayaan ak yup. Berdebar jugak la, nak jawab first paper kan.

Assalamualaikum.

Sunday, January 1, 2012

2011 - 2012

OMG...6 post jea tahun 2011?? biar betul aku ni..haha..

Last post pun April 2011, tu pun still dekat UiTM Pinang lagi...eish3. So, sempena malam terakhir 2011 ni, molek lah kalau di tambah satu post lagi kan. haha. Ada 15 minit lagi sebelum jarum jam aku tegak pukul 12.00, sempat kot habiskan post ni.

Nak dijadikan cerita, tahun 2011 merupakan tahun yang boleh kata kan banyak benda baru yang aku lalui, banyak yang memberikan aku pengajaran, pengalaman hidup yang berguna untuk masa depan aku. Tahun 2011 merupakan tahun terakhir aku sebagai budak diploma Civil Engineering, dan alhamdulillah, majlis graduasi dah pun ak lalui. Dan sekarang, alhamdulillah, berjaya menyambung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM Shah Alam walaupun terdapat sedikit masalah sebelum berjaya masuk, dimana aku menyambung pelajaran di UPM selama 2 minggu baru la dapat tawaran pergi Shah Alam. Pengalaman join Minggu Perkasa Putra ( macam minggu orientasi la lebih kurang.... ) banyak memberi kesan, sebab kena jadi budak baru balik kan. Teguran dan nasihat "abang2 fasi", stay-up malam nyayi lagu UPM dan banyak lagi. Semua tu sedarkan aku balik yang walaupun aku pernah berada dekat atas (MPP), bukan sampai bila2 aku dekat atas, dan dekat UPM aku dapat pengalaman berada di permulaan balik.

Pada tahun 2011 jugak aku telah mendapat pengalaman bekerja sebagai "Assistant Engineer" di sebuah syarikat developer dekat Bangi selama 3 bulan ( Praktikal sebenarnya ). Banyak nasihat dan ilmu yang amat berguna yang telah aku dapat, mngajar aku kehidupan bila bekerja, yang mana aku belum dapat adapt lagi. Tapi ape2 pun, ia sangatlah berguna untuk aku masa depan. Cara macamana nak komunikasi dengan orang atas kita, orang bawah kita, orang yang lebih pengalaman daripada kita, semua tu banyak mengajar aku. Insyaallah, semoga aku dapat ubah diri aku ni.

Tahun 2011 jugak aku jadikan tahun untuk aku beli phone baru. Haha.Terdetik niat bila belek2 suratkhabar The Star, tengok ada touchscreen phone yang harga RM200 lebih ( Samsung Corby 2 ), siapa yang tak mengidam kan? Haha. Lpastu, review punya review, bukak web ni, pergi kedai phone tu, finally dapat phone baru. Setelah menggunakan Sony Ericsson w200 selama 3 tahun di diploma, akhirnya tukar Sony Ericsson (jugak..) Xperia Play, itu pun secara spontan jugak beli. Harap2 tahan la phone ni sampai habis degree, malas nak beli lain. Haha.

Alamak, dah nak pukul 12.00. ok2, semoga tahun 2011 yang telah aku lalu ni memberikan aku banyak pengajaran dan pedoman. Dan semoga tahun 2012, bakal menjadi tahun yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk aku, keluarga dan rakan-rakan. Selamat Tahun Baru! ( semoga post pun bertambah la kan, adeh...)