t0wards tHe eXtra0rdinary

"Assalamualaikum....."

Sunday, January 1, 2012

2011 - 2012

OMG...6 post jea tahun 2011?? biar betul aku ni..haha..

Last post pun April 2011, tu pun still dekat UiTM Pinang lagi...eish3. So, sempena malam terakhir 2011 ni, molek lah kalau di tambah satu post lagi kan. haha. Ada 15 minit lagi sebelum jarum jam aku tegak pukul 12.00, sempat kot habiskan post ni.

Nak dijadikan cerita, tahun 2011 merupakan tahun yang boleh kata kan banyak benda baru yang aku lalui, banyak yang memberikan aku pengajaran, pengalaman hidup yang berguna untuk masa depan aku. Tahun 2011 merupakan tahun terakhir aku sebagai budak diploma Civil Engineering, dan alhamdulillah, majlis graduasi dah pun ak lalui. Dan sekarang, alhamdulillah, berjaya menyambung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM Shah Alam walaupun terdapat sedikit masalah sebelum berjaya masuk, dimana aku menyambung pelajaran di UPM selama 2 minggu baru la dapat tawaran pergi Shah Alam. Pengalaman join Minggu Perkasa Putra ( macam minggu orientasi la lebih kurang.... ) banyak memberi kesan, sebab kena jadi budak baru balik kan. Teguran dan nasihat "abang2 fasi", stay-up malam nyayi lagu UPM dan banyak lagi. Semua tu sedarkan aku balik yang walaupun aku pernah berada dekat atas (MPP), bukan sampai bila2 aku dekat atas, dan dekat UPM aku dapat pengalaman berada di permulaan balik.

Pada tahun 2011 jugak aku telah mendapat pengalaman bekerja sebagai "Assistant Engineer" di sebuah syarikat developer dekat Bangi selama 3 bulan ( Praktikal sebenarnya ). Banyak nasihat dan ilmu yang amat berguna yang telah aku dapat, mngajar aku kehidupan bila bekerja, yang mana aku belum dapat adapt lagi. Tapi ape2 pun, ia sangatlah berguna untuk aku masa depan. Cara macamana nak komunikasi dengan orang atas kita, orang bawah kita, orang yang lebih pengalaman daripada kita, semua tu banyak mengajar aku. Insyaallah, semoga aku dapat ubah diri aku ni.

Tahun 2011 jugak aku jadikan tahun untuk aku beli phone baru. Haha.Terdetik niat bila belek2 suratkhabar The Star, tengok ada touchscreen phone yang harga RM200 lebih ( Samsung Corby 2 ), siapa yang tak mengidam kan? Haha. Lpastu, review punya review, bukak web ni, pergi kedai phone tu, finally dapat phone baru. Setelah menggunakan Sony Ericsson w200 selama 3 tahun di diploma, akhirnya tukar Sony Ericsson (jugak..) Xperia Play, itu pun secara spontan jugak beli. Harap2 tahan la phone ni sampai habis degree, malas nak beli lain. Haha.

Alamak, dah nak pukul 12.00. ok2, semoga tahun 2011 yang telah aku lalu ni memberikan aku banyak pengajaran dan pedoman. Dan semoga tahun 2012, bakal menjadi tahun yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk aku, keluarga dan rakan-rakan. Selamat Tahun Baru! ( semoga post pun bertambah la kan, adeh...)

No comments:

Post a Comment