t0wards tHe eXtra0rdinary

"Assalamualaikum....."

Thursday, January 5, 2012

1 dah pun pergi, 5 tetap setia menunggu...

Assalamualaikum...

1 dah pun pergi meninggalkan ak untuk selama-lamanya, tapi masih ada 5 yang setia menunggu. Hurm. Macam - macam perasaan ada : cuak, takut, semangat, sedia, entah lah.

Alhamdulillah, kertas peperiksaan CTU553 dah pun ak jawab dengan "jayanya". Sedang menunggu ketibaan 2nd paper ak, Further Calculus for Engineers sabtu ni, 7 Januari 2012. Kronologi peperiksaan akhir pertama ak sebagai seorang degree student :-
4   Jan 2012 - Hubungan Etnik
7   Jan 2012 - Further Calculus for Engineers
10 Jan 2012 - Indeterminate Structures
13 Jan 2012 - Static And Dynamics
16 Jan 2012 - Basic Structural Design
19 Jan 2012 - Engineering Hydrology

Nak dijadikan cerita, tadi selepas habis exam ctu553, ak dengan beberapa member pergi la dinner, dekat satu kedai fast-food. Lepas habis makan-makan, tetiba terdetik nak pergi Dataran Shah Alam, saja nak tengok apa yang orang Shah Alam suka sangat melepak dekat situ malam-malam. 

Sesampai di Dataran Shah Alam, kami berjalan kaki melintasi padang dataran, mencari tempat nak beristirehat. Lepas dah jumpa port yang elok, kami berehat sambil berbual-bual kosong. Setelah berbuih-buih borak, tiba-tiba entah dari mana datang idea yang memang selalunya degree student xkan terfikir, salah seorang daripada kami mengajak bermain baling selipar, satu permainan yang boleh dikatakan tradisional sejak dahulu lagi. Dan yang lebih menarik lagi, ketujuh-tujuh kami bersetuju. Haha. 


Ni la salah satu gambar yang dapat saya tangkap semasa kami berada di Dataran Shah Alam awal malam tadi, yang lain banyak x lawa. Haha.

Assalamualaikum.

"chok"



No comments:

Post a Comment